Malanglah bagi orng-orng yang menemui bulan ramadan, sedangkan mereka tidak pun meletakkan perbezaan dengan bulan-bulan yng lain.Mereka mempunyai nama dengan nama-nama indah islam dan hidup di tengah-tengah masyarakat islam.Tetapi, mereka mengotori kesucian dan kehormatan bulan yang mulia ini.Apakah hal ini patut terjadi didalam masyarakat islam? Demi Allah! Sama sekali tidak sepatutnya terjadi dalam masyarakat islam. Jika mereka tetap dengan pendirian mereka untuk mengotori kesucian bulan ramadan, bermakna mereka Tergolong dalam golongan orng-orang yang fasik, sntiasa bergelumang dengan kemaksiatan yang akhirnya membawa kepada murtad dan kekufuran kepada Allah SWT.
nauzubillah.. Semoga Allah SWT melindungi kita
Maksudnya : "Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-quran) pada malam kemuliaan.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan tu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribubulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat jibril dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."
~al-qadr : 1-5~
Jangan berasa pelik dengan ketaatan yng diberikan oleh ALLAH SWT kepada anda. Jangan tertipu dan terpedaya kerana anda tidak tahu apakah kataatan anda diterima oleh ALLAH SWT atau ditolaknya.
Mungkin beraku beberapa kesalahan dalam ketaatan yang sedang anda lakukan. Mungkin dalam ketaatan timbul perasaan riya' . Mungkin apa yangandakerjakan tidak ikhlas. Sikap-sikap sebegni yng akan mencacatkan ibadah anda.Oleh itu, Saidina Ali RA berkata yng bermaksud '"Keburukan yng engkau lakukan lebih baik di sisi ALLAH SWT drpd kebaikan yang engkau kagumi.' Keburukan yng anda lakukan kemudian anda sesali serta memohon keampunan drpd ALLAH SWT itu lbih baik berbanding anda melakukan kebaikan sedangkan kebaikan yng anda lakukan semata-mata untuk dibangga-banggakan.
.jpg)
.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment